Skip to main content



          

SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
(DUA2012)

Peranan Al-Quran dalam melahirkan individu berminda saintifik

NUR AMIRAH KHAIRUNNISA BINTI RAMLAN    
 (02BSD18F1001)
NUR ADILA WARDINA BINTI RIDZUAN
(02DSB18F1013)
NIK AISYAH ATIFAH BINTI NIK MAHDI (02DSB18F1037)
NURUL NABILAH BINTI MOHAMAD NASRI (02DSB18F1061)



Definisi al-quran


Al-Quran  adalah kalamullahyang mengandungi mukjizat diturunkan kepada nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Jibril a.s, di tulis dalam mashaf, dipindahkan kepada kita secara mutawatir dan menjadi ibadat dengan membacanya.
Susunan Al-Quran terdiri daripada cantuman 28 huruf hijaiyah yang mana keseluruhan Al-Quran mengandungi 323671 huruf, 77437 kalimah, 623 ayat, 114 surah, 30 juzuk, 60 hizib dan 240 maqra.

Al-Quran dari sudut saintifik merupakan sumber saintifik yang mengajak manusia untuk berfikir dan mengkaji alam semesta ini termasuk diri sendiri.

Minda Saintifik


Al-Quran merupakan huda atau petunjuk Ilahi. Dengan petunjuk itu manusia mampu mencapai hasanah di dunia dan hasanah di akhirat. Petunjuk Al-Quran juga membentuk minda umat Islam supaya berminda saintifik.

 Minda saintifik mempunyai ciri-cirinya. Antaranya ialah:

1      Mementingkan dalil dan bukti. Dalam surah al-Baqarah ayat 260 Allah menceritakan tentang Nabi Ibrahim yang bermohon kepada Allah agar ditunjukkan kepada baginda bukti berhubung kebangkitan semula selepas mati. Hal ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi keyakinan yang sedia mantap. Baginda berkata, “Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang bagaimana Kamu menghidupkan mereka yang mati. Berkata Allah: Apakah kamu tidak yakin? Berkata Ibrahim: Aku telah yakin akan tetapi agar hatiku mantap (dengan iman).” Dalam konteks Nabi Ibrahim, permintaan baginda untuk melihat bagaimana Allah menghidupkan orang yang mati bertujuan untuk meningkatkan lagi makam keyakinan baginda daripada ilmu al-yakin (keyakinan berdasarkan hujah ilmu) kepada ain alyakin (keyakinan berdasarkan penglihatan). Hal ini disebutkan dalam al-Asas fit Tafsir oleh Syeikh Said Hawa. Oleh sebab bukti dan dalil adalah penting,

      Menolak khurafat dan tahayul. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 170, Allah berfirman, “Apabila dikatakan kepada mereka: ‘Ikutlah apa yang telah diturunkan Allah,’ mereka menjawab: ‘(Tidak), tetapi kami akan ikut apa yang telah kami dapati dari perbuatan nenek moyang kami’. Apakah mereka tetap hendak mengikut walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apa pun dan tidak mendapat petunjuk?” Sebahagian daripada adat resam dan budaya bangsa yang diamalkan oleh masyarakat pada hari ini mengandungi khurafat dan tahayul. Umat Islam dituntut mencari hujah dan dalil sebelum mempercayai sesuatu. Khurafat dan tahayul merupakan kepercayaan yang tidak berasaskan bukti lagi tidak masuk akal. Islam menentang kepercayaan yang seperti ini, sebagai contoh, kepercayaan terhadap konsep sial majal. Berhubung dengan ini Bukhari dan Muslim meriwayatkan sabda Nabi yang bermaksud, “Tidak ada sial majal (dalam Islam).” Dalam riwayat yang lain oleh Bukhari, Nabi bersabda, “Tidak ada sial pada bulan Safar.” Dalam sesetengah masyarakat, kadang kala kesialan dikaitkan dengan bunyi binatang tertentu, contohnya bunyi burung hantu, ataupun suara-suara tertentu. Nabi menolak kepercayaan yang dangkal ini melalui sabda baginda yang bermaksud, “(Mempercayai) kesialan pada suara-suara (tertentu)….. adalah daripada perbuatan syaitan.” Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud.

3     Suka mengkaji serta membuat analisis, antaranya, mengkaji alam secara sistematik. Inilah yang tersirat di sebalik firman Allah yang terdapat dalam surah al-Ghasyiah ayat 17-20 yang bermaksud, “Apakah mereka tidak melihat kepada unta bagaimana ianya diciptakan. Dan langit bagaimana ia ditinggikan. Dan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan. Dan bumi bagaimana ia dihamparkan.” Justeru, golongan pengkaji dimuliakan Allah dan Dia menggelar mereka sebagai ulul albab. Dalam surah Ali Imran ayat 190-191 Allah berfirman, “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tandatanda bagi ulul albab. (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka banyak berfikir tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, ‘Wahai Tuhan kami Kamu tidak menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada seksa neraka’.”

4      Bersedia untuk menerima penemuan serta kajian yang sah lagi autentik terutamanya di sudut duniawi. Nabi Muhammad merupakan contoh yang terbaik dalam aspek ini. Dalam aspek duniawi baginda amat menghormati rumusan dan konklusi yang diputuskan berdasarkan pengamatan serta bukti yang sahih. Pernah pada suatu ketika, baginda menegur sahabat-sahabat yang telah mengacukkan pohon-pohon kurma demi memperoleh hasil yang lebih baik. Kerana menghormati Nabi mereka tidak lagi mengacukkan pohon-pohon itu. Hasilnya ialah produktiviti yang menurun dan pengalaman ini akhirnya mereka ceritakan kepada baginda. Nabi terus menyuruh mereka meneruskan dengan amalan yang asal, iaitu mengacukkan pohon-pohon kurma, kerana telah terbukti cara itu mendatangkan hasil yang lebih baik. Berkaitan dengan insiden inilah, Nabi bersabda (berpandukan hadis Muslim daripada Rafi’ bin Khadij), “Kamu lebih tahu tentang urusan duniamu.”

5      Bersikap inovatif. Mengikut Kamus Dewan, inovatif bermaksud ‘gagasan atau pendekatan yang membawa pembaharuan’. Salah seorang peribadi unggul yang inovatif yang kisahnya disebutkan di dalam AlQuran ialah raja Zulqarnain. Beliau pernah menemui satu kumpulan manusia yang terpencil dan mereka memohon jasa baik beliau melakukan sesuatu yang dapat mencegah Yakjuj dan Makjuj dari mendatangkan kerosakan ke atas mereka. Zulqarnain bersetuju untuk menolong mereka dengan membina sebuah tembok yang luar biasa. Berhubung dengan ini Allah berfirman: “(Berkata Zulqarnain): ‘Berilah aku potongan-potongan besi’. Hingga apabila besi itu telah sama rata dengan kedua puncak gunung itu, berkatalah Zulqarnain: ‘Tiuplah (api itu).’ Apabila besi itu menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berikan aku tembaga yang mendidih agar ku tuangkannya ke atas besi panas itu’. Maka mereka tidak mampu mendakinya dan mereka juga tidak mampu untuk melubanginya.” (Surah Al-Kahfi ayat 96-97)

Mukjizat Al-Quran di Sudut Saintifik


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, mukjizat bermaksud, “Kejadian luar biasa kurniaan Allah kepada para Nabi dan Rasul untuk membuktikan kebenaran mereka”.

Dalam at-Tibyan fi Ulum al-Quran oleh Syeikh Muhammad Ali as-Sabuni, mukjizat didefinisikan sebagai, “Perkara yang luar biasa yang tidak mengikut hukum sebab musabab yang difahami. Ia dijadikan Allah untuk berlaku di tangan para Rasul sebagai bukti tentang kebenaran mereka.”

Nabi Muhammad dikurniakan dengan pelbagai mukjizat. Namun mukjizat yang paling agung yang dianugerahkan Allah kepada Baginda ialah al-Quran. Berhubung dengan ini, Imam Bukhari meriwayatkan sabda Nabi yang bermaksud, “Setiap Nabi diberikan mukjizat yang dapat membuat manusia beriman. Diberikan kepadaku wahyu daripada Allah”.

Sains dan Al-Quran tidak dapat dipisahkan. Kedua-duanya berjalan secara seiring. Walau bagaimanapun Al-Quran bukannya sebuah buku sains. Ia adalah wahyu Allah. Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk agar manusia dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil. Walau bagaimanapun terdapat dalamnya ayat-ayat yang menceritakan tentang kejadian alam semesta serta fenomena-fenomena yang berkaitan dengannya.


Antara ayat Al-Quran yang menjelaskan tentang hubungan ini ialah ayat 53 dalam surah Fussilat yang bermaksud, “Akan Kami tunjukkan kepada mereka bukti-bukti kebenaran Kami di segenap ufuk (penjuru alam) dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelas kepada mereka bahawa Al-Quran itu benar.”

Berhubung dengan ayat ini, dalam kitab Tafsir Al-Quran al-Azim, Imam Ibn Kathir berkata, “(Allah) akan tunjukkan bukti-bukti serta dalil-dalil di alam ini yang menunjukkan bahawa Al-Quran ini adalah benar.” Untuk menerokai bukti serta dalil daripada alam, sains diperlukan.

Konklusi yang dibuat Syeikh Said Hawa berhubung ayat ini amat menarik sekali. Dalam alAsas fit Tafsir beliau berkata, “Dalam buku saya bertajuk ‘Ar-Rasul’ saya membuktikan bagaimana Allah menunaikan janjinya yang terdapat dalam ayat ini. Jika manusia melihat kepada segenap penjuru alam dan dalam diri mereka sendiri, mereka akan melihat sesuatu yang membenarkan Al-Quran. Apabila apa yang mereka lihat itu dikaitkan dengan apa yang terdapat dalam Al-Quran, mereka akan meyakini bahawa Al-Quran sebenarnya datang daripada Allah.”


Justeru, ayat ini merupakan jambatan antara sains dan Quran. Ia mengisyaratkan bahawa penemuan-penemuan sains masa kini yang berkaitan dengan alam dan manusia akan menampakkan, tanpa ragu-ragu lagi, kebenaran Al-Quran. Justeru, penemuan-penemuan sains masa kini boleh dimanfaatkan untuk memahami ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran.


Penemuan sains dalam Al-Quran

Kalau kita mengkaji Al-Quran, banyak perkara yang kita akan saksikan atau yang kita lakukan sudah diterangkan dalam Al-Quran. Walaupun kita tahu tentang kebaikan membaca Al-Quran, tetapi masih banyak intipati Al-Quran yang patut kita pelajari. Dengan mempelajari isi kandungan Al-Quran, kita akan lebih memahami dunia termasuk jugak perkara-perkara yang ditemui oleh ahli sains.

1. Kejadian manusia


Ahli biologi menemukan bahawa manusia terjadi daripada gabungan sperma yang datang dari air mani dan ovum (telur) yang dikeluarkan daripada ovari kaum hawa. Gabungan sperma dan ovum ini membentuk zigot yang seterusnya membentuk embrio. Proses pembentukan ini kemudian diteruskan daripada segumpal darah sehingga bayi yang ada dalam kandungan ditiupkan roh.

Penemuan para ilmuwan barat ini berlaku pada tahun 1940 tetapi proses telah tertulis dalam    Al-Quran sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi. Ada antara ilmuwan memeluk Islam setelah mendapat tahu bahawa kebenaran yang tertulis dalam Islam dan ini menunjukkan betapa hebat Al-Quran.

Kejadian manusia ini tertulis dalam Al-Quran dan dalam surah yang berikut cukup jelas menerangkan tentang manusia. Surah Al-Mukminun Ayat 12-14

12. "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah."
13. "Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim)"
14 "Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik."

2. Garis peredaran matahari dan bulan

Para saintis menemui bahawa planet-planet mengelilingi matahari manakala bulan pula mengelilingi bumi. Mereka juga menerangkan bahawa planet-planet dan bintang-bintang ini mempunyai garis peredarannya yang tersendiri. Penemuan oleh saintis ini merupakan satu penemuan yang begitu hebat.

Walaupun sehebat mana pun penemuan ini, ia sudah tercatat dalam Al-Quran. Bukan itu sahaja, Al-Quran juga menerangkan fenomena alam ini dengan begitu teliti satu per satu. Diterangkan dalam Al-Quran bahawa matahari dan bulan bukan sahaja bergerak, tetapi ia mempunyai paksi atau garis peredarannya yang tersendiri. Begitu terperinci penerangan yang dijelaskan oleh Al-Quran namun masih ada ramai yang tidak mahu beriman.

Penerangan ini tercatat dalam Surah Al-Anbiya ayat 33 dan Surah Yasin ayat 38 seperti berikut:

"33. Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya." Al-Anbiya
"38. Dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui." Yasin

3. Alam semesta yang terus mengembang

Seorang ahli fizik daripada Rusia, Alexander Friedmann dan ahli kosmologi daripada Belgium, George Lemaitre mengeluarkan satu teori bahawa alam semesta terus berkembang dan teori ini disokong oleh data persamaan matematik. Penemuan yang berlaku pada awal abad ke-20 juga disokong oleh ahli kosmologi terkenal, Stephen Hawking dalam perjalanannya mencari permulaannya alam semesta.

Penemuan ini juga tertulis dalam Al-Quran membuktikan bahawa Islam merupakan agama yang benar kerana sudah banyak penemuan dijumpai yang sudah diketahui oleh umat Islam. Namun, penemuan ini masih lagi tidak berjaya meyakinkan ahli kosmologi yang rata-ratanya tidak mempercayai Tuhan atau atheis. 



Surah Ad-Dariyat ayat 47 menerangkan tentang berkembangnya alam semesta.
"47. Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya."

4. Rahsia Besi


Besi yang kita banyak manfaatkan hari ini sebenarnya tidak dibuat di bumi atau galaksi kita. Ini kerana Bima Sakti yang kita tinggal pada hari ini tidak mampu dan tidak mempunyai struktur yang sesuai untuk menghasilkan besi. Sebenarnya besi diturunkan ke bumi setelah ia dihasilkan di bintang-bintang luar yang sangat jauh.

Ahli astronomi moden juga menerangkan bahawa logam besi yang ditemukan di bumi sebenarnya berasal dari bintang-bintang raksasa di angkasa luar. Logam berat ini dihasilkan dalam bintang-bintang raksasa ini disebabkan faktor kesesuaiannya menahan suhu yang tinggi dan sebagainya.

Rahsia besi ini sudah tertulis dalam Al-Quran di mana ayat ini dengan jelas menerangkan bahawa besi "diturunkan" bukan dijadikan. Dalam surah ini juga menjelaskan bahawa manusia akan menggunakan besi ini kerana "manfaat" yang ada besi kerana sifatnya yang "kuat".
Potongan ayat Al-Quran daripada Surah Al-Hadid ayat 25

"…Dan Kami turunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia …."

5. Cap Jari


Manusia mempunyai tubuh badan yang berbeza setiap seorang walaupun terdapat 7 billion manusia di bumi ini. Malah ini hanya manusia zaman sekarang, tidak dikira lagi manusia yang datang daripada zaman sebelum ini setelah manusia hidup di bumi berapa ribu tahun yang lalu. Bayangkan setiap manusia ini mempunyai cap jari yang berbeza setiap orang.

Perbezaan cap jari ini dimanfaatkan oleh ahli ilmuwan untuk mencipta alat-alat yang mampu mengesan cap jari setiap orang. Cap jari juga banyak digunakan untuk meningkat tahap sekuriti dalam pelbagai alat seperti Iphone, kad pengenalan dan sebagainya. Kekuasaan Allah mencipta cap jari setiap orang dalam bentuk berbeza ini sungguh hebat dan sangat unik.

Dalam ayat Al-Quran jelaskan menerangkan bahawa Allah mampu menyusun jari-jari kita dengan sempurna dan tidak satu lengkungan jari kita yang sama dengan orang lain walaupun kembar kita sendiri.

Penerangan ini tertulis dalam Surah Al-Qiyaamah ayat 3-4.
"3. Apakah manusia mengira, bahwa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya?"
"4. Bukan demikian, sebenarnya Kami kuasa menyusun (kembali) jari jemarinya dengan sempurna."


PERANAN AL QURAN DALAM :



PROSES PEMBENTUKAN BESI                 ( TEKNOLOGI )


   Firman Allah S.W.T : “Dan kami telah menurunkan besi, padanya ada kekuatan yang hebat serta berfungsi berbagai manfaat untuk manusia.” (  Surah Al-Hadid : 25 ) terdapat satu surah di dalam Al-Quran yang menggunakan nama logam iaitu Surah Al-Hadid yang bermaksud besi. Dalam Surah Al-Hadid ayat 25, Allah telah berfirman :

“waanzalnaalhadiid” yang boleh diterjemahkan “ dan kami turunkan besi ”. ayat ini memberi satu penyataan kepada kita umat manusia tentang asal usul besi. Sebenarnya, besi berasal dari langit yang tercipta daripada bintang-bintang melalui proses nukleosintesis. Ketika bintang-bintang itu mati (padam) lantaran kehabisan bahan bakar hydrogen, besi itu (Bersama-sama unsr lain) dihamburkan ke ruang angkasa. Unsur berat dalam alam semesta ialah dihasilakn oleh nuked bintang besar. Sistem solar kita bagaimanapun tidak struktur sesuai untuk menghasilakan besi baginya. Besi hanya dapat dihasilkan oleh bintang yang lebih besar daripada matahari iaitu suhunya mencecah berates juta celcius. Apabila besi mencapai amaun melebihi peringkat tertentu dalam sebuah bintang, bintang ini tidak lagi dapat menampungnya dan akhirnya meletup dalam satu letupan yang dipanggil nova atau supernova. Hasil daripada letupan ini, meteor yang mengandungi besi berserakan keseluruhan alam semesta dan mereka bergerak melalui ruang di angkasa sehingga ditarik oleh daya gravitisesuatu jasad di cekerawala. Selain itu, elemen utama pada pusat bumi iaitu teras bumi yang berjejari 3470 km ialah besi dengan kandungan 90% dan nikel dan belerang. Fungsi utama besi di pusat bumi Allah telah jelaskan dalam ayat yang berbunyi “fiihiba ‘sunsyadiid” ( padanya ada kekuatan hebat ). Besi di pusat bumi itu menimbulkan kekuatan yang hebat yang berupa magnet dan tarikan gravity. Firman Allah selanjutnya pada Al-Hadiid (ayat 25) yang bermaksud serta berbagai manfaat untuk manusia. Manfaat yang perlu disebutkan paling dahulu (sebab manusia sering lupa ) ialah bahawa besi merupakan salah satu unsur yang membangun haemoglobin, protein dalam darah yang berfungsi mengikat oksigen yang kita menghirupnya dari udara. Ketika oksigen masuk ke dalam paru-paru kita, oksigen itu segera ditangkap oleh besi dalam haemoglobin, kemudian dihantar oleh darah keseluruhan tubuh kita untuk proses metabolisme. Jelas sekali Allah memelihara kelangsungan hidup kita melalui besi. Oleh itu, kita sebagai manusia perlulah sentiasa bersyukur di atas nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada kita.


MEKANIKAL ( TEKNOLOGI )

   Boleh dikatakan sumbangan serajan sains dan teknologi Islam yang banyak dalam bidang mekanik. Sumbangan Banu Musa terkandung di dalam buku Kitab Peranti ( The books of Artifices ) yang telah disebut dahalu. Ibnu Sina pula walaupun beliau lebih terkenal dalam bidang perubatan dan pembedahan, namun beliau banyak memberi sumbangan yang mengagumkan dalam bidang mekanik. Di antara saranan Ibnu Sina ialah prinsip inersia yang terkandung di dalam kata-katanya yang berbunyi “tidak ada jasad yang mula bergerak atau berhenti dengan sendiri” , “masa tidak boleh di bayangkan tanpa gerakan.” , “daya hanya boleh disukat dalam sebutan kesan kesannya.” ‘ “dalam sesuatu mesin mudah, apa yang diperoleh dalam bentuk kuasa adalah kehilangan dalam kelajuannya.” Al-Khawarizmi pula tertarik kepad kerja-kerja amali tentang bagaimana dapat menentukan ketumpatan spesifik dan berat kegravitian dan keapungan. Di antara pernyataan Khawarizmi yang berkaitan dengan hal ini ialalh “berat ialah daya malar inheren tatkala sesuatu jasad tertarik ke pusat bumi” , “jasad-jasad yang mempunyai gravity sama ialah jasad-jasad yang bergerak didalam cecair dari titik tunggak melalui jarak yang sama dalam masa yang sama. “Teknologi yang mendapatkan tenaga dari udara dan air telah mendapat perhatian orang serata dunia dan ia merupakan “Penggerak Perdana” yang utama sehinggalah kuasa tenaga stim diperkenalkan semasa Revolusi Perindustrian. Antara contoh rekaan ialah jam air gajah, pam air duasilinder, pam air enam silinder selari, perangan jet stim. Ini jelas mengambarkan manusia pada zaman nabi juga mempunyai ilmu pengetahuan yang luas tentang ilmu dalam bidang teknologi dan ini seterusnya memberi manfaat kepada manusia sejagat.

KIMIA (TEKNOLOGI)


   Di dalam Al-Quran terdapat fenomena sains yang boleh dikaitkan dengan bidang kimia iaitu “proses fotosintesis” dan “proses pembakaran sempurna”.
Firman Allah swt : “Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon hijau yang basah untuk kegunaaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan apidari pohon-pohon itu”. (Surah Yasin : 80) “Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek ) ? Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya atau kami yang menumbuhkannya ? “ ( Surah Al-Waqiah : 71-72 ).
  
   Beribu-ribu tahun yang lalu dan zaman sekarang membuktikan kandungan Al-Quran menepati ilmu sains dan teknologi. Ini kerana orang zaman dahulu menyalakan api daripada pokok kayu dan sekarang manusia menggunakan petrol, gas dan sebagainya untuk menyalakan api. Jika kita memikirkan di zaman dulu, tentu kitatakjub bagaimana daripada kayu yang hijau itu boleh mengeluarkan api. Di zaman kita pula, kita masih merasai ketakjuban di atas penggunaan petrol dan gas yang boleh menghasilkan api untuk kegunaan seharian. Sebenarnya, petrol, diesel, gas, arang batu dan sebagainya yang dikeluarkan dari perut bumi berasal daripada pokok-pokok yang tertimbus jutaan tahun yang lalu. Ini dapat menyakinkan kita bahawa Allah itu Maha Besar. Dia telah menyatakan sumber api dulu dan sekarang itu adalah berasal dari pokok. Allah swt juga menggunakan perkataan “al-syajarah al-akhbar” (tumbuhan hijau) dalam surah Yasin ayat 80 kerana perkataan ini boleh diertikan dengan tumbuhan hijau yang mempunyai klorofil. Menurut kajian sains tumbuhan hijau melakukan proses fotosinthesis yang menghasilkan gas oksigen dan unsur ekarbon hasil daripada tindak balas cahaya matahari dan gas karbon dioksida. Kedua-dua unsur ini (karbon dan oksigen) merupakan unsur penting untuk menghasilkan api daripada proses pembakaran sempurna. Oleh itu, firman Allah swt dalam Al-Quran yang menyatakan tentang proses fotosintesis dan proses pembakaran sempurna tidak ada sebarang keraguan dan sesungguhnya Allah swt lebih mengetahui sesuatu.

ZAITUN (PERUBATAN)


   Penemuan khasiat minyak zaitun yang terdapat di dalam sebuah hadis daripada Abdullah Bin Umar yang menyebut bahawa rasullah SWT “bersabda makanlah kamu minyak zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak rambut, kerana minyak zaitun dibuat daripada pohon yang penuh barkat.” Selain itu minyak zaitun berperanan menambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut, membantu sedikit sebanyak pesakit gastrik dan mereka yang mengalami masalah buah pinggan.

KURMA (PERUBATAN)




   Kurma (Phonex dactylifera) atau Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah. Ianya dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik. Malah dalam kitab suci Al-Quran sahaja terdapat 21 ayat yang menyebutkan tentang kurma. Baginda rasulullah SAW juga sendiri telah beberapa kali menyebutkan perihal kurma dan khasiatnya, dan ianya amat sinonim dengan kisah sirah baginda.
   “Kemudian kami tumbukan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang benyak dan sebahagiannya kamu makan”  Al-Mukminah ayat 19. Manakala sudur sains pula mengatakan, kendungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah tinggi, sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.

SUSU IBU (PERUBATAN)


Kelebihan susu ibunya ada disebut oleh ALLAH SWT dalam surah Luqman ayat 14. Antara kelebihan susu ibu atau dipanggil “kolostrum alami” ini adalah mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul bagi bayi yang masih tidak mampu makan dan minum melainkan menyusu dengan ibunya sahaja. Susu ibu juga mengandungi antibody semula jadi untuk melawan pelbagai penyakit. Bayi yang menyusu dengan ibunya terbukti lebih sihat berbanding bayi yang diberi susu formula sejak kecil. Antara penyakit neonatal yang paling mudah disembuhkan dengan kaedah penyusuan susu ibu ini ialah penyakit jaundice atau demam kuning. Selain itu, pelbagai vitamin yang terkandung dalam susu ibu juga mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. Bukan itu sahaja, si ibu jugak mendapat manfaat apabila menyusukan bayinya. Antaranya ialah tubuh lebih segar. terasa ringan  dan sihat. Naluri keribuan juga semakin terserlah dan ikatan kasih sayang yang paradosikal antara ibu sehingga digelar susu terbaik di dunia.

PROSES KEJADIAN MANUSIA (BIOLOGI)


   Di dalam Al-Quran juga menerangkan penciptaan manusia daripada air:
Dan dialah tuhan yang menciptakan manusia dari air, lalu dijadikannya (mempunyai) keturunan dan musaharah dan tuhanmu adalah Maha Kuasa sememangnya tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendakinya). Al-Furqan , 54.

   Selain itu, ayat Al-Quran dari surah ini memberitahu bahawa secara jelas manusia itu diciptakan daripada air. Allah telah menciptakan manusia mempunyai titisan baka (air mani) bagi meneruskan lagi zuriat memakmurkan bumi ini.

   Proses kejadian manusia diceritakan daripada awal sehingga ke akhir di dalam Al-Quran sebelum manusia mampu memikirkan proses itu sendiri.
“Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah, kemudian kami pati itu (setitis) air mani pada penetapan yang kukuh , kemudia kami ciptakan air mani itu menjadi segumpal darah beku lalu kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging, kemudian kami ciptakakn daging itu menjadi beberapa tulang, kemudian kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Makan nyatalah kelebihan dan krtinggian Allah sebaik-baik pencipta”. Al-Muminun 12-14

KEGELAPAN LAUTAN DAN LAPISAN (BIOLOGI)


   Kegelapan lautan dan lapisan ombak (sains, alam semula jadi)
Dalam bidang sains marin pula, kewujudan dua lapisan ombak di laut dan kegelapan di dasar laut dinyatakan dengan jelas di dalam suruh an Nur, ayat 40. Apabila dikaji, sememangnya wujud ombak pada lapisan kedua laut (internal tide), yang mana kewujudannya dapat dilihat secara jalas hanya dari angkasa. Malah, ombak dalaman ini mempunyai amplitude yang jauh lebih tinggi berbanding amplitude ombak di permukaan air, dengan ketinggiannya mampu mencecah 300 meter. Kewujudan dua ombak ini disebabkan perbezaan pada ketumpatan air laut. Selain itu, kegelapan dasar laut pula dibuktikan apabila manusia mula mampu menyelam sehingga ke dasar dengan bantuan peralatan moden. Kegelapan secara total ini disebabkan penyerapan spektrum cahaya oleh laisan laut yang menyebabkan tiada cahaya mampu menebusi hingga ke dasar. Hasilnya, dasar laut menjadi tampat yang sangat gelap dan makhluk-makhluk yang hidup di dasar laut mempunyai ciri dengan dasar laut yang sangat sejuk dan bertekanan tingggi.

SEMUT (BIOLOGI)


   Semut juga turut diangkat dalam kisah Nabi Sulaiman yang telah direkodkan dalam Al-Quran. Menurut ayat 17-18 dalam surah an Naml, nabi Sulaiman dan bala tenteranya telah melalui Waadin-Naml yang dihuni oleh semut. Maka, seekor semut telah bertindak menyeru sekalian semut untuk masuk ke dalam sarang demi mengelakkan mereka dipijak secara tidak sengaja oleh bala tentera Nabi Sulaiman. Berdasarkan kisah ini, kita dapat membuat kesimpulan bahawa semut juga hidup di dalam komuniti yang ramai serta berkomunikasi sesama sendiri. Ia dibuktikan oleh beberapa kajian secara saintifik oleh para saintis. Antaranya, semut mempunyai sistem komunikasi yang sangat kompleks melibatkan bahan kimia serta mereka juga mempunyai tingkatkan social seperti permaisuri, pekerja dan sebagainya.



KESIMPULAN

Kesimpulannya, Al- Quran memainkan peranan yang amat penting dalam mendidik dan melahirkan individu berminda saintifik . Hal ini kerana, Al-Quran mengandungi banyak ayat-ayat yang berunsur saintifik. Selain itu, telah dibuktikan juga bahawa para saintis yang berjaya pada masa kini mengaku mereka merujuk kepada Al-Quran dalam kerjaya mereka. Hal ini menunjukkan bahawa, sesungguhnya Al-Quran memberikan penerangan yang baik berkaitan dengan perkara-perkara saintifik. Tambahan pula, Al-Quran juga boleh dibaca dan difahami oleh individu tidak kira umur, tua atau muda. Individu yang memahami dan menghayati Al-Quran pasti mendapat kelebihan tentang pengetahuan saintifik. Al-Quran juga mendorong individu untuk berfikir berdasarkan ayat-ayat yang diturunkan di dalam Al-Quran. Oleh itu, kita sebagai umat Islam mestilah berusaha untuk menjadi hamba yang soleh dan solehah dengan membaca Al-Quran sebagai ibadah harian sekaligus dapat mendapat ilmu di dada untuk menjadi mukmin yang berjaya di dunia dan di akhirat serta dipandang tinggi dan mulia oleh masyarakat dan Rasulullah SAW. Sesungguhnya, Islam menempatkan orang yang beriman, berilmu dan beramal soleh pada darjat yang tinggi, seperti dalam surah Al-Mujadilah: 11:











Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.


RUJUKAN 

https://mujahidah213.blogspot.com/2015/03/fakta-ilmiah-kebenaran-al-quran-dalam.html?m=1
https://books.google.com.my/books?

id=5DWqAwAAQBAJ&pg=PA13&lpg=PA13&dq=berminda+saintifik&source=bl&ots=-iIj2Mak3U&sig=ACfU3U2pzkfEsYSy5QZqL-ykk52905vBCA&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwiU5trIzofgAhUHRY8KHTdZAvUQ6AEwDHoECAYQAQ#v=onepage&q=berminda%20saintifik&f=false


http://www.academia.edu/4634610/Peranan_AlQuran_dalam_Sains_dan_Teknologi

http://www.moha.gov.my/images/maklumat_bahagian/PQ/Panduan_Rasm_Bab1.pdf


Comments